Isnin, 24 Disember 2012

KENALI NABI KITA


1-Rasulullah alaihi solawatullah adalah makhluk pertama dicipta.

Di dalam satu riwayat ,Sayyidina Jabir Bin Abdullah Al Ansari radiyallahu anhu telah bertanya kepada rasulullah alaihi solawatullah .." Demi ayah dan ibuku , wahai Rasulallah , apakah yang pertama Allah ciptakan sebelum Dia menciptakan setiap sesuatu ? " Rasululullah alaihi Solawatullah menjawab , " Nur Nabi kamu wahai Jabir , Allah Ta 'ala telah menciptanya , kemudian Dia menciptakan setiap kebaikan daripadanya ( Nur tersebut ) .Dan seterusnya , Dia menciptakan setiap sesuatu" 

Diriwayatkan oleh Imam Tirmizi,Imam An Nasa'i, Imam Ahmad . Al Fatawa oleh Imam Ibnu Hajar Al Haitsami, Al Mawahibul Ladunniyyah oleh Imam Al Qasthallani dan Dalailun Nubuwah oleh Imam Al Baihaqi.

2-Nabi Isa diperintah supaya memberitahu tentang kenabian Rasulullah.

Rasulullah alaihi Sholawatullah bersabda :
"Allah mewahyukan kepada Isa, " Wahai Isa, berimanlah dengan Muhammad dan perintahkanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaummu untuk beriman kepadanya . Jika bukan kerana Muhammad , aku tidak akan mencipta Adam. Dan jika bukan kerana Muhammad , Aku tidak akan mencipta Syurga atau Neraka . Sesungguhnya apabila Aku mencipta 'Arasy di atas air ( Ufuqil A'la ) ia bergoncang .Lalu Aku menulis padanya ' La ilaha illallahu Muhammadur Rasulullah', kemudian ia menjadi tenang'".

Dari 'Syarhul Mawahibil Ladunniyyah' oleh Imam Az Zarqani, 'Thabaqatul Asbahaniyin'oleh Imam Abu Syaikh, 'Syifa'us Siqam ' oleh Imam As Subkhi dan 'Al Fatawa' oleh Imam Al Baqini, Diriwayatkan oleh At Tirmizi dan Imam Al Hakim , riwayat daripada Sayyidina Abdullah Bin Abbas.


3-Nabi Adam diterima taubat kerana syafaat Rasulullah.

Rasulullah alaihi Sholawatullah bersabda: " Ketika Adam melakukan kesilapan , dia berkata , "Wahai Tuhanku, dengan hak Muhammad , ampunilah aku .' Allah bertanya , ' Bagaimanakah kamu tahu tentang Muhammad ?' Adam menjawab ,"Itu adalah kerana , wahai Tuhanku , apabila Engkau menciptaku dengan tanganMu dan Engkau meniupkan daripada ruhMu ke dalamku, apabila aku mengangkat kepalaku dan aku melihat pada tiang tiang 'Arasy tertulis , La ilaha illallahu Muhammadur Rasulullah'. Oleh kerana itu aku tahu bahawa Engkau tidak akan meletakkan namaMu dengan nama makhluk yang paling Engkau cintai dari kalangan ciptaanMu'. Allah berfirman ,' Engkau benar, wahai Adam.Dan jika bukan kerananya ,Aku tidak akan menciptamu.' " Riwayat daripada Sayyidina Umar Al Khattab.
4- Nabi Musa ingin menjadi Umat Rasulullah.

Rasulullah alaihi Sholawatulah bersabda :
"Allah Ta'ala mendedahkan kepada Saidina Musa bin Imran , Nabi Bani Israil. sesiapa menerimaku tetapi menolak Ahmad , Aku akan memasukkannya ke dalam neraka meskipun dia Ibrahim,Khalilku ( yang mencintai ) atau Musa Kalimku( yang berbicara ) ." Saidina Musa bertanya , 'Siapa itu Ahmad ?'
Allah menjawab ,'Wahai Musa , demi keperkasaanKu dan keagunganKu , tidaklah Aku mencipta suatu ciptaan yang lebih disanjungi padaKu daripadanya. Aku telah menulis  namanya dengan namaKu di 'Arasy dua juta tahun sebelum Aku mencipta langit, bumi , matahari dan bulan.Dan demi keperkasaanKu dan keagunganKu , sesungguhnya syurga itu haram dimasuki makhluk makhlukku sebelum Ahmad dan Umatnya.'
Musa bertanya 'Dan siapakah Umat Ahmad?' 

Allah menjawab,Umatnya adalah orang -orang yang sentiasa menujinya.Mereka memuji ketika berdiri, duduk dan pada setiap keadaan.Mereka mengikat perut (berpuasa) dan menyucikan angggota- anggota badan  mereka        ( berwuduk ).Mereka berpuasa pada siang hari dan beribadah pada waktu malam.Aku menerima amalan- amalan mereka yang mudah dan Aku memasukkan mereka ke dalam syurga  dengan penyaksian bahawa tiada Tuhan melainkan Alah dan Muhammad itu adalah Rasul Allah'.

Musa berkata :'Maka jadikanlah aku Nabi bagi Umat itu.'
Allah berkata :Nabi mereka adalah dari kalangam mereka'.
Musa berkata : jadikanlah aku dari kalangan Umat Nabi itu '.
Allah berkata : Engkau telah mendahuluinya sedngkan dia datang kemudian, wahai Musa. di  Aku akan menghimpunkan engkau dengannya di Darul Jalal ( Syurga )

Diriwayatkan Oleh Imam Abu Nuaim :Riwayat daripada Sayyidina Anas bin Malik

5- Allah dan para malaikat sentiasa berselawat ke atas Rasulullah. ( dari hari kejadian sehingga hari kiamat).
'Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya sentiasa berselawat ke atas Nabi, wahai orang orang beriman, selawatlah ke atasnya dan serahkanlah diri kamu kepadanya secara keseluruhan". Surah Al Ahzab, ayat  56 .

Dari Abdullah bin Amar bin Al-Ash ra : “ Sesungguhnya dia pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda : “ Barangsiapa yang membaca shalawat sekali kepadaku , maka Allah akan memberikan sepuluh rahmat kepadanya “ HR.MUSLM

Dari Ibnu Mas’ud ra :” Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda : “ Orang yang paling dekat kepadaku pada har kiamat adalah yang paling banyak bershalawat kepadaku “ HR.TIRMIDZI Hadits Hasan

Dari Aus bin Aus ra berkata : Rasulullah SAW bersabda : “ Sesungguhnya harimu yang paling utama adalah hari jum’at , maka bacalah shalawat kepadaku dengan banyak ( perbanyak shalawat di hari itu ) . Sesungguhnya bacaan shalawat disampaikan kepadaku “ Mereka ( para sahabat ) bertanya “ Wahai Rasulullah ! Bagaimanakah shalawat kami disampaikan kepadamu , padahal Tuan telah lenyap dimakan tanah “

Rasulullah menjawab : “ Sesungguhnya Allah mengharamkan tubuh para nabi untuk dimakan tanah 
“ HR.ABU DAWUD Sanad SahihDari Abu Hurairah ra : Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda : “ Setiap orang yang membaca salam kepadaku , maka Allah mengembalikan rohku , hingga aku menjawab salamnya “ HR.ABU DAWUD Sanad Sahih

Dari Ali ra berkata :Rasulullah SAW bersabda : “ Orang yang bakhil adalah orang yang aku disebut dimukanya , tapi dia tidak membaca shalawat kepadaku “ HR.TIRMIDZI Sanad Hasan Sahih

Dari Fadlalah bin ‘Ubaid ra berkata : “ Rasulullah SAW mendengar seorang laki-laki yang membaca doa dalam sholatnya , dia tidak memuji Allah dan tidak membaca shalawat kepada Nabi SAW , lalu beliau bersabda : “ Orang ini tergesa-gesa , Kemudian beliau memanggilnya , lalu beliau bersabda kepada dia atau orang lain ;” Bila seseorang diantara kamu berdoa , maka hendaklah dimulai dengan memuji kepada Allah , Tuhannya , lalu membaca shalawat kepada Nabi SAW , lalu berdoa sekehendaknya “ HR.ABU DAWUD Sanad Hasan Sahih


6-Sebagai peringatan bersama ...ALLAH Subhanahu wa Ta`ala berfirman:

 “Katakanlah: ”Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari ALLAH dan Rasul-NYA dan dari berjihad di jalan-NYA, maka tunggulah sampai ALLAH mendatangkan keputusan-NYA.” Dan ALLAH tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.”   
(Surah at-Taubah: 24).

Rasulullah s.a.w bersabda: Di antara mereka yang sangat mencintaiku ialah orang-orang yang datang selepasku. Mereka menyesal alangkah baiknya dapat melihatku walaupun terpaksa membelanjakan rumah, segala hartanya dan ahli keluarganya (dikorbankan supaya dapat melihatku). (H.R Muslim)


Semoga kita semua menjadikan Rasulullah sebagai ikutan dalam setiap gerak geri dan menjadikan baginda ikatan dalam diri (IRTIBAT ) serta beristighfar dan berselawat selalu . Sollallahu A'la Nabiyyina Sollallahu Alaihi Wasallam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan