Pada tanggal 02 Julai 2011 telah berlangsungnya Majlis Perasmian Surau Dan Blog Surau Taman Kg Kuantan ,Klang . Majlis tersebut yang telah dirasmikan oleh YAD Dato' Setia Diraja Dato' Abdul Ghani bin Pateh Akhir, Orang Besar Daerah Klang berlangsung dalam suasana yang gilang- gemilang . Persiapan majlis tersebut telah dibuat lebih awal iaitu sejak awal tahun lagi. Acara dimulakan dengan bacaan doa oleh Al Fadil Ustaz Mohd Fauzi Bin Hj Shahar diikuti dengan ucapan Nazir Masjid , Pengerusi Surau dan seterusnya YAD Dato' Setia Diraja Dato' Abdul Ghani bin Pateh Akhir, Orang Besar Daerah Klang . Turut hadir ialah nazir nazir masjid setempat, imam imam, juga YB Rodziah bt Ismail Adun Bt Tiga dan wakil daripada parlimen Shah Alam. Pihak Pengurusan Surau Taman Kg Kuantan mengucapkan ribuan dan jutaan terima kasih kepada semua ajk pelaksana, pihak Masjid Kg Kuantan, Surau Bukit Kuda khususnya Jabatan Agama Islam (JAIS ), mahupun individu dan orang perseorangan yang banyak membantu sehingga berlangsungnya majlis dengan jayanya. Majlis turut diserikan dengan penyertaan gerai gerai daripada agensi kerajaan dan tempatan serta orang setempat . Semoga surau kita akan lebih makmur dan barakah.Semoga Allah membalas segala jasa dan keikhlasan tuan puan dengan ganjaran yang besar disisiNya. Akhir kalam , Selamat Menjalani Ibadah Puasa Ramadhan dan Selamat Hari Raya Idul Fitri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan