Jumaat, 15 April 2011

Rentetan Perjalanan Perkembangan Pembangunan Surau Taman Kg Kuantan
















Surau Taman Kampong Kuantan.Mukaddimah.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakkatuh. Alhamdulillah segala puji bagi Allah Subhanahu Wa Taa'la dan selawat serta salam buat Sayyidul Anbiya'i Wal Mursalin Muhammad Sallallahu Alaihi Wa Sallam. 
Bersyukur kita kepada Allah dengan qudrat dan iradahNya dapatlah dicipta blog ini sebagai salah satu wadah untuk menyampaikan maklumat dakwah dan perkembangan semasa bagi Surau Taman Kampong Kuantan ini.
Sehubungan itu pihak ahlijawatankuasa surau ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli jamaah , serta individu yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung di dalam penubuhan dan  pembinaan surau ini  sejak dahulu hingga kini. Tidak lupa juga kepada Jabatan Agama Islam Selangor dan PBT daerah dan khususnya Kerajaan Negeri Selangor yang telah memberikan komitmen yang cukup baik sehingga tertegaknya binaan surau yang ada kini. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kurnianya kepada mereka yang berjasa di dalam memperkembangkan syariat dan syiar agama islam tercinta . Berkerjalah untuk Allah dan Rasulullah.Sekian .